Wednesday, January 30, 2019

Yogjakarta 2017 Part 1




Assalamualaikum bapak bapak ibu ibu dan semua yang ada di siniii.....
hahaha, fuh! lama gila sis rasa sis tak update blog sis. 

By the way hari ni aku rasa macam nak update blog, entry pasal Jogja setahun yang lepas, kahkahkah. Tapi aku rasa aku tak ingat dah detail kejadian nya , tapiiiii aku nak jugak update since aku nak semua memory pasal travel aku nak abadikan dalam blog ni untuk kenangan, walaupon hanya gambar gambar.cewah.

Okay marilah kita throwback moment August 2017 lepas di Yogjakarta. Aku pergi dengan 7 orang kawan aku yang lain selama 3hari 2malam. This is my first time jejak kaki di bumi Indonesia. Seronok sangat dapat pergi Jogja, sebab nature dia cantik dan orang dia peramah. Tapi aku nak mintak maaf awal awal kalau aku dah lupa nama tempat dan bajet. Maybe entry kali ni just santai santai tengok gambaar je kot. (menyesal tak update terus lepas balik hari tu. huaaa!)
Adisutjipto International Airport, Yogjakarta


 Selepas 2 jam terbang dengan Air Asia, kami tiba di Airport dan supir kami dah awal awal dah tunggu depan balai ketibaan. Heru namanya. boleh contact dia di +628562862504 untuk servis supir, memang terbaik servis dia. Kami sampai dalam pukul 5 petang dan tak terus ke hotel, tapi kami terus pergi jejalan malam tu.

 
 Taman Lampion.






Aku dah tak ingat berapa tiket masuk sini, tapi kat sini biasa biasa jela, macam kat i City je tengok macam macam jenis lampu gituuuu.

Esokkannya baru betul betul bermula aktiviti adventure kami, sebab subuh subuh lagi dah kena bangun dan terus menuju ke Gunung Merapi dengan menaiki jip. fiuh, memang best la naik jip walaupon boleh sakit pinggang sebab jalan diorang memang extrem gila untuk nak sampai ke  gunung Merapi tu.

 
Jip ni la yang aku cakap tu.
Gunung Merapi yang dah banyak meragut nyawa penduduk di sini apabila dia meletuskan lava nya.

Cun ambil gambar time sunrise ni.






Bergambar di batu Alien, salah satu batu yang keluar daripada letusan Gunung Merapi dan membentuk seperti muka Alien. 



Lepas turun je dari Gunung Merapi tu, kami di beri peluang untuk pilih gambar gambar yang di ambil oleh photographer diorang time kat atas gunung tadi. sekeping tak silap aku dalam 5000rp.

Dah puas hati pilih gambar, kami singgah ke Omahku Memoriku plak. Kat situ sebenarnya sebuah rumah yang dah musnah akibat letusan Gunung Merapi dan di jadikan muzium kecil untuk memperingati bencana itu pada tahun 2010. Barang-barang seperti kerusi, basikal, malah tulang belulang lembu juga ada di abadikan di sana.





Lepas dah penat panjat Gunung, perut pon dah berdendang lagu Inul, maka marilah kita pi makan. Heru bawak kami ke Warong Kopi Klatok, kat situ special kopi 'o' dia. Kaw habis wa cakap lu, makan pulak dengan pisang goreng dia panas panas, duduk pulak bersila atas tikar sambil menghirup udara segar dan dengan view sawah padinya, memang syokkk. Kami makan nasi dengan lauk lauk masakan orang jogja, serukkkk.

Antara lauk lauk yang ada, dan favourite aku tempe goreng.

Yuk Makan!

macamni la suasananya kalau makan kat bahagian luar Warong ni. *ehsan gambar dari google sebab tak sempat nak ambil gambar, mata ni nampak makanan dah tak pikir lain dah, hakhak.

Alhamdulillah dah kenyang, kami sambung perjalanan ke Borobudur plak, nantikan next entry sis Part 2 hokey. Permisi! Bye!




Wednesday, January 10, 2018

Sydney, Australia (Katoomba, Three Sisters & Blue Mountain) - Part 4


Assalamualaikummm~~
Hamik kau dah tahun baru 2018 baru nak buat sambungan last entry trip ke Sydney, hahaha. Ok ok sis promise this one will be my last entry for Sydney. Kahkah. By the way Happy New Year guys! jom sambung!

Lepas puas bermain dengan kangaroo, kami amik train terus ke Katoomba. Satu yang I suka pasal train di Sydney ni, diorang ada macam-macam jenis couch dan setiap couch tak sama, to those yang nk suasana senyap or nak tido ke boleh naik couch atas sebab couch tu di larang buat bising. Kelakarnya kami ni tak tahu, boleh plak buat bising borak borak bagai, tetiba ada mat saleh tu tegur tunjuk sign tulis 'silent area'. Terus senyap masing masing hahahaha.

 haa sign ni pon pesan suruh senyap dan duduk dengan senonoh, hiks.

Dalam sejam perjalanan,pukul 8pm sampai la kami ke Katoomba ni. Time tu dah gelap dan seeejukkkkkkk gila, tambah plak angin sepoi sepoi dan train station diorang sunyi sepi, rasa macam dalam movie horror je weii.

Banyak barang sebab dah shopping awal awal, pastu mula la menyesal sebab berat nak bawak haha.

Sis suka gila train station kat Katoomba ni, cantik sangat! Design dia ala ala zaman dulu, sis tak amik gambar sebab sejuk hahaha maaf la ye, Sampai tu terus amik cab untuk check in hotel. For your info Katoomba ni terletak di rural area dan jauh dari bandar Sydney, orang cakap masuk kawasan kampung dia la. Dan kat sini penuh dengan nature sebab tu sis sejuk. kiki

TADAA! ni la second bilik kami kat Sydney. Cantik kan? Kami check in di Echo Point Motor Inn. 

Murah dan sangat berbaloi. Boleh try booking dekat booking.com ye guys.

Dapat free fresh milk dalam mini bar diorang, Tapi kami tak minum, sebab takut tak halal hahaha.

Kalau dah sejuk sejuk of course la perut lapar kan, lepas mandi buat meggy, roti sapu jem and milo! memang licin sapu, siap tambah lagi sepeket meggy. 

Good Morning! Haaa dah siang baru tahu surrounding Echo Point ni Subhanallah cantik sangat, dengan nyamannya, damai sangat, tak macam bandar Sydney.

Meow Aussie.

Ambik gambar kenangan dengan meow hehe.

Sebelum round round, kami breakfast dulu untuk mulakan hari! Hotel tu ada bagi breakfast for free, so apa lagi ngap la! hehehe

Kat bawah ni Sis belanja gambar gambar sekitar Echo Point sebelum sampai ke Three Sisters, kami jalan kaki je hokey.


cantik kan? macam dalam potrait je gambar sis. kiki


Lepas puas bergambar terus heading to Three Sisters, just 5 minutes walk from our hotel. So lets go!






Haaa kalau uols nampak macam 3 bukit berdiri belakang Sis, tu lah di panggil Three Sisters. Three Sisters ni ada sejarahnya tersendiri, Meh Sis cerita sikit, Three Sister ni asalnya adalah 3 orang adik beradik perempuan dari suku kaum orang Asli di sini, di ceritakan diorang ni jatuh cinta dengan 3 orang jejaka dari suku kaum yang lain, tapi ketua suku kaum 3 beradik tu tak benarkan diorang berkahwin dengan jejaka jejaka tu, and one day jejaka tu datang nak culik 3 beradik tu, dan terjadi pertempuran hebat antara 2 suku kaum tersebut, sampai lah 3 beradik tu di sumpah oleh ketua suku kaum mereka sendiri menjadi batu (blakang sis tu) demi untuk melindungi mereka, Ketua diorang nak break the curse tu semula tapi tak sempat sebab dia sendiri dah mati. So, Three Sisters tu terus kekal menjadi batu sampai ke hari ini. Begitu la kisahnya, tak tahu la fairy tale or betul, yang pasti kisahnya seronok kan, kihkih.

The scenery is sooooo beautiful, Subhanallah.

Nampak je panas, tapi kitaorang sejuk ketarrrr. And its time to cuddle. hee

Nampak tak area Echo Point ni tak berapa busy sampai sis boleh bergambar atas jalan. hiks.

Dah puas tengok Three Sisters kitorang ke Waradah. Kat sini macam mini muzium dan diorang cerita tentang sejarah orang asli Australia dan ade show tarian orang Asli Waradah dalam ni.



Haa ni la rupa orang Asli Autralia zaman doolu dooluu kalau uols nak tahu. hehe. Sebelum masuk tengok show diorang calitkan macam ubat dari akar kayu kat sana, rasa berangin je, dan bau macam herba gittuu. Menurut diorang ubat tu untuk menghalau anasir anasir jahat dari luar. Diorang pakai satu badan, Sis pakai kat tangan pon cukup la kahkah.

Hirup udara segar sebelum ke Blue Mountain. 


Yeay, lepas tengok show tadi ktorang terus ambil bas ke Scenic World, Blue Mountain, hanya 10minutes perjalanan je. Ada apa kat sini? Macam macam ada! lets cekidout!

Aktiviti kat sini banyak kepada nature dan mengagumi keindahan alam semulajadi Australia. Scenic World ni ada menyediakan beberapa ride untuk kita menjelajah dengan lebih adventure and fun! First ride kami adalah sky way, benda alah ni ala ala cable car jugak la, tapi dia boleh muat sampai 15-20 orang dalam satu satu masa, dan lantai cable way dia transparent so kita boleh nampak sayuppp je kat bawah. gayattt oiiii.

Haa ni la ghupanya skyway ni. Kat bawah tu kita boleh nampak waterfall dia yang cantik.

Subhanallah, sungguh cantik ciptaan Nya.


Dah habiskan dalam setengah jam naik sky way, kami nak try cable way plak, kali ni cable car dia curam menjunam turun ke bawah, sebab kat bawah tu kita boleh jejalan dalan forest dia, nak buat jungle trekking pon boleh, tapi idok le kami nak gi jungle trekking, ate sesat kang naye. kahkah.

Yang ni nampak biasa lagi kan.

Lama lama dia dah start curam ke bawah and guess what? sis duduk betol betol paling depan, rasa macam superman dah, nasib tak angkat tangan ke depan je buat buat terbang. hahaha.

Okay, dah lepas puas naik cable car tu, kami nak try ride yang last, railway ride. Ingat kan ride ni paling okay and rilex, tapi anggapan mu dusta belaka, sebabnya ride ni paling seram + menguji tahap adrenalin kami. Mana tak nya, railway ni di panggil 'The steepest railway in the world', Sebab tahap curam dia hampir 90 degree. 


Haa kat atas dia transparent jugak, so sambil bergerak tu kita boleh tengok view yang cantikkk, tapi rasanya tak sempat nak menikmati view sangat sebab railway ni laju dan seram. hahaha.

Macamni la keadaan kami waktu dalam railway tu. dia akan lalu dalam gua yang memang gelap.

kazen sis acah acah rilex.


Dah sampai bawah jejalan sekitar rilex rilex jap, pastu naik atas smula.

Ni plak rupanya bila time nak naik, sis cuba amik seat paling depan. Fuuhhh memang menjerit la sebab gayat. hahaha.

FYI, kami amik pakej free ride untuk semua ride yang ada, so, nak naik brape kali pon ekut suka hati korang la. Tapi kami just repeat naik railway je sebab seronok, hahaha, yang lain best jugak tapi masa tak cukup. Dan sis memang tak menyesal datang jauh jauh ke Katoomba ni sebab berbaloii sangat sangat. Pengalaman yang sis tak akan lupa sampai bila bila. 

Maka selesai lah selama 6 hari 5 malam sis and the geng di Sydney, Australia. Trip yang sangat awesome dan wishlist sis nak datang Aussie dah tertunai. Alhamdulillah. Maka dengan ini sis umumkan bahawasanya habis sudah entry Sydney, Australia sis kali ini. Yeay! 

Back to normal. Lets order Vietnam coffee while taking 8hours fly back to Malaysia.

P/S: MEEHNI,WIMLAH, DAN GUNNEDOO ADALAH NAMA ADIK BRADIK THREE SISTERS