Tuesday, October 2, 2012

Perkara manis yang ku idamkan #4#

Assalamualaikum~~
Bonjour~~

Wah wah, tengok, aku feeling feeling cakap perancis tuu. haha. kenapa ye? ha nie nak cerita dekat hang pa semua la nie. Aku nak sangat sangat pi tempat nie.Tempat nie antara tempat yang paling aku idam idamkan tuk aku pergi melancong, bercuti ke, honeymoon ke kan.. wah gatai noo.. hehe

Tapi! ada tapi nya kawan kawan. Tapi tak tau la aku boleh sampai ke tak ke tempat tu. Macam terlalu jauh dan memerlukan ongkos yang banyak. ceh kalau aku kaya tak pe la jugak kan. Bia lah, aku nak berangan je. Berangan pon jadi lah. Mana tau satu hari nanti aku kaya ke, husband aku kaya ke, boleh la aku ajak dia honeymoon kat sana. hahahaha AMIN AMIN :P

Membebel je kan, tapi tak bagitau pon kat mane tempat tu. Yela nak bagitau la nie. Tak laen dan tak bukan...........
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

tadaaa!!! Bora Bora Island! 

cantik kan pulau nie. Bora Bora Island nie terletak dekat France tau. ia salah satu dari pulau pulau Polinesia Perancis dan berada di lautan pasifik. Nie aku nak tepek sedikit info pasal pulau nie untuk tatapan korang..

Location : Pacific Ocean

Archipelago : Society Islands

Area : 29.3 km2 (11.31 sq mi)
Highest elevation : 727 m (2,385 ft)
Highest point :Mount Otemanu
Country : France
Overseas collectivity : French Polynesia
Administrative subdivision : Leeward Islands
Commune : Bora-Bora
Largest city: Vaitap

Dah dah tak mau cerita panjang panjang. jom kita tengok gambar jom. *gambar je yang mampu, ape boleh buat kan. sob sob

Sory kalau gambar gambar nie ala ala kabur sikit, sebab aku amik kat encik google je..



hamboi, seronok dapat duk bilik boleh nampak air laut kat bawah kan. hmm






jernihnye air laut dia. nak jugak berenang dengan penyu tu.

Teringat pulak time ke Pulau Perhentian dulu. Nah tengok la post aku ke Pulau Perhentian kalau tak tengok lagi. hee. Nak snorkeling lagi, nak pijak pasir pantai lagi, nak dengar bunyi ombak rindu lagi, eh ombak je, nak lepak lepak tepi pantai nak maen maen dengan anak ikan pari dan gamat gamat lagi. seronok sangat!!!

Mintak mintak la impianku nie tercapai walaupon tak tercapai dek akalmu. eceh. haha AMIN AMIN AMIN ...


~tamat~

Friday, September 21, 2012

Seni atas meja

Assalamualaikum~~

Terasa lama sangat tak menaip dekat belog nih. nak buat macam mana, reports, assignments, tests, presentations semuanya jadi kawan baik aku sekarang. asyik duk bertepek je dengan aku duapuluhpatjam. Tapi Alhamdulillah, tadi last class for my diploma. owh. sedih plak. sob sob. :\

~~dan molek tengah hujan lebat sekarang.haih.

okay, bia la yang tu kita story kemudian. Nie cheq nak ceghita sket, tadi time cheq and da geng tengah nak ciapkan report dalam kelas kosong, cheq rasa sedikit boring. so, cheq eh jap, await aku guna 'cheq' nie? adoi loklaq sungguh. hahaha okay, tukar 'aku' balik nih. sambung balik, so aku rasa nak round round satu kelas tuh, walaupon aku tau dalam kelas tu hanya ada kerusi dan meja je.

And then aku rasa tertarik bila tang aku tengok atas meja meja dalam kelas tu. semua nya penuh dengan conteng conteng. aku rasa satu meja pon takde yang bersih lagi suci. nampak sangat budak budak dalam kelas tu boring yang amat sampai satu meja di contengnya. haha. sebenarnya aku pon suka jugak conteng conteng meja nie, and kawan aku la yang biasa selalu tolong padamkan balik.hehe.

Aku pergi setiap meja, aku perhati satu satu, macam macam ada, lirik lagu, wishes, formula, lukisan lukisan yang not bad la jugak kan. tetiba tergelak sengsorang and rasa tertarik sangat nak tengok. dalam hati cakap, berbakat jugak budak budak nih. haha. aku sure mesti ramai yang pernah conteng meja. aku sendiri mengaku kot, dari sekolah rendah sampai u aku suka conteng meja, sape yang selalu duk sebelah aku dalam kelas tu dia tau la. bukan setakat meja, kalau dah boring sangat, dengan buku, nota semua aku tibai conteng. kreatif la kononnya. tapi non hadooo.. haha.

~~mari mari i bawak uolls tengok apa yang diorang conteng conteng~~~



SELAMAT FINAL EXAM SEMUA!! hehe

yang nie feberet aku tau. cantik.


kelakar kan. haha

nie spongebob versi Malaysia kot. hehe

nie pak samad mane nie. kih kih

time lukis nie mesti tengah teringat boyfren.. 

dulu dulu aku pon suka lukis nie. :)

pikkacchuuu pon ade ni. comel.

yang nie seram ke lawak?

See, how creative they are. hehe



~~ semua gambar kat atas nie aku edit bagi nampak lawa sket, tapi originality seni diorang aku tak de tokok tambah k. aku just tambah kaler je. hehe.

k.bye. 





Monday, September 3, 2012

Merdeka | Hangout

Assalamualaikum everybody :)

Hmm lama sangat dah eden rasa tak update belog nih.Aktiviti Hari Raya pon tak update.huhu. Busy sebab ada kenduri kahwin abang. Gambar Raya pon tak sempat nak snap snap. Ada tu ada tapi camera tertinggal kat rumah pulak, lepas tu ada orang pinjam berokband. So, memang tak sempat nak update. Macam macam, tapi hari ni da bley update! yeay!

Still belum terlambat kot aku nak ucapkan Salam Merdeka buat negara kita yang ke-55. Bersyukur tak terhingga dapat hidup dalam negara yang aman damai ni. So, tak payah la mengada ngada nak huru harakan negara kita yang sedia aman dan makmur nie ye.

Disebabkan Merdeka Jatuh pada hari Jumaat, so dapat lah cuti 3hari, tapi malangnya or memang nasib badan la kot tak boleh jugak nak balik rumah sebab ada program finishing school sabtu and ahad terpaksalah berumah di jengka kan. hmm. apa yang aku nak story kat sini, kami (aku and roomates) keluar sambut merdeka *ceh tipu jer  dekat Kuantan. 

Salah seorang dari kawan aku ada janji nak belanja roomates dia kalau dia dapat 4flat sem lepas. So, da dapat apa lagi, kami menuntut janji itu kembali. kih kih kih :P

Jom check it out apa yang dia dah belanja....................................................  


tadaaa!! pizza hut! yum  yum :D


nak tau tak sape yang belanja, tengok la kat bawah
-
-
-
-
-
-

ha nie la orangnya.. tak jelas?? tgk bawah lagi
-
-
-
ni ha dia, cukup jelas?? hehe comel kan orangnya.. abaikan daguku yang berdouble double tuh. hahaha


roomates ku yang lain.


happy gila muka Ain sebab dapat makan free kan..

datin dal dan ain derulo :P




oke,muke kenyang -_-

tarikh tu yang penting :)


yang paling kelakar budak kecik nie. orang tak senyum lagi dia da senyum dah. siap gelak gelak lagi.sungguh syomel :) maybe dia suka akan style rambutnya kot. hehe.



bye!

Saturday, August 18, 2012

Yeay Yeay! Raya! ^_^

Assalamualaikum uollsssss~~~

hek hek hek seronoknya!! Esok dah raya. Walaupon tak balik beraya kat kampung tahun nie, suasana raya still lagi terasa walaupon tak semeriah dekat kampung. Sebab apa? sebabnya dekat kampung aku feel dia lain macam sikit, macam nak perang pon ade sebab bunyi meghecun, Ya Allah, Ya Rabbi, kalau yang sakit jantung bley Innalillah, yang pregnant bley terberanak dan yang sakit gigi bley tercabut gigi tau kalau dengar bunyi meghecun tuh. hahahaha kemain lagi Yuhanid mereka cerita kan kan. Yang penting aku still rindu suasana raya kat kampung aku. Kat sini sunyi sikit, meghecun pon jarang sangat berbunyi. sob sob. 

hokeh, di sini aku Siti Yuhanid Binti Mohd Yusoff ingin memohon beribu, eh macam sikit je, umm berjuta ampun dan maaf di atas kesilapan yang lalu, sama ada dalam sedar mahu pon tidak. InsayAllah kesilapan kesilapan lepas tidak akan berulang lagi. AMIN. Jemput la datang ghumah I, I bagi Uolss makan jemput2. haha *ingat kelakar la tuh.. -_-'





Nie gambar dua tahun lepas . tolong jangan tertipu dengan kekurusan ku. :P

SELAMAT HARI RAYA BUAT SEMUA!


P/s: tudung memang saja pakai terbalik. HAHAHA

~salam~

Tuesday, August 14, 2012

Iftar bersama teman

Assalamualaikum everybody... :)

Dah nak dekat habis Ramadhan baru nak buat entry pasal berbuka dengan kawan kawan kan. haish! nak buat macam mane, hidup sebagai student nie busy yang amat. *eleh poyo la kau, macam kau sorang je student :P

Okeh. Pada suatu hari.eceh. Kami orang bercadang untuk berbuka bersama. satu kelas . berbuka dekat dekat je. Jengka 11. *rase macam pantun tak? ok abaikan. Maklumlah Jengka nie pusing pusing tang tu jugak.. tapi Alhamdullilah makanan dia boleh dikatakan sedap jugak, tapi maybe nasib aku tak berapa baik hari tu, fresh oren aku rase macam minum air akar kayu. pahit woooo. Siap suruh semua orang rasa * test rase takut takut lidah aku yang problem kan  tapi reaksi dan ekpresi muka sengsorang bila dah minum air aku sangat la hudoh + kelakar. Rasa macam nak snap je muka sengsorang. hahaha. Betol la fresh orenku pahit. Last last suruh abang tu buat yang laen :)



lepas makan apa lagi, bergambar la. Riuh rendah kedai makan tuh. tak malu la korang nie. :P


Selepas kenyang perut senang hati. ada plak suara suara misteri yang mengusulkan satu cadangan:

" weh korang lepas nie nak g mane lak? "

hmm setat dari situ semua orang bagi cadangan, karaoke la, wayang la, tekam la ( resort )..
last last dengan kata putus semua orang yang xputus putus tue,*asyik bercakap jer pokpekpokpek kami pon plan untuk ke Mentakab bagi bertujuan bermidnight movie di Star Mall. haha. Dengan berbekalkan 4buah kereta(1krete sewa) maka 21 orang budak hitam nie sampai la ke destinasi yang nak di tuju. :P


setelah sampai.jeng jeng jeng...................

apa lagi bergambar la kerja kami.. snap situ snap sini. dah takde orang kat mall tue..  Rasanye nak buat running man pon boleh kot kat situ. haha

dalam lif, penoh dengan kami kami sahaja.mujo tak over limit. :P

Hamboih.muncung itik sesorang. sambil tunggu setat movie. kul 12.30pagi

okay.ignore this.


 agaknye akak dan abang yang jual popcorn tu pon dah menyampah tengok kami orang. :P

da masuk panggung pon nak jugak snap2. Almaklumlah takde orang.
sampai abang guard panggung tue bagi warning
"dik dik, maaf ye tak boleh ambik gambar sangat dalam nih" 
kan dah malu setepek. haha.

korang mesti nak tau kan cerita apa yang kami orang tengok? heh. tengok la sendiri kat bawah nih.


haaa. Tue yang pakai spek mate bagai tuh. sebab kami tengok Step Up Revolution 3D.
Memang best and awesome and bombastic lah cerita nih. Aku sarankan korang pon patutlah tengok jugak.Rasa nak dance together gether dalam panggung tue pon ada. okay dah.over.

Sampai U dalam pukul 3 pagi ++. Kelentong pak guard skit. Alhamdulillah. Dapat jugak masuk and pulang ke bilik dengan selamat :P

~tamat untuk iftar 1kelas~


Okeh. Yang nie iftar bersama roomates tercinta pula. berturut turut berbuka dekat luar. kopak la duit. -_-"
 Berbuka di Sweet Apple jengka.Tambang van RM1 je. kira jimat la sikit..

aku order mee tomyam and carrot susu.

aku dan zue buat buat sweet sebab makan dekat sweet apple.

Dalila plak nyanyi lagu Arashi, sweet sweet nanananaaaa *tak tau lirik la :P


Dalila lagi. haha.

Anyway diorang cakap abang dekat sweet apple tue sweet bila senyum. Tapi senyum kat aku jer :P
*jangan jelezzz

~k bye~

Sunday, August 5, 2012

Moga tenanglah dikau di sana

Assalamualaikum

Entry kali nie agak sedih sedikit. Tetiba aku teringat dekat arwah abangku MOHD FAIZ BIN MOHD YUSOFF. Gambar kat atas nie raya 2tahun lepas, dari 5orang ,dah tinggal 4.Hampir 3tahun pemergiannye. Aku harap kau tenang dan damai lah di sana. Kami di sini tak putus mengirimkan doa doa untuk bekalanmu. Semoga Allah ampunkan dosa dosa abangku, dan ditempatkannya di dalam golongan orang yang beriman. Amin.


Inilah doa Baginda Nabi Muhammad saw ketika meninggalnya sahabat Abu Salamah r.a:

Wahai Allah, ampunilah Abu Salamah, naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya.

====
Nota: Apabila seseorang ingin berdoa seperti ini untuk seorang Muslim yang lain, dia boleh memasukkan nama orang tersebut menggantikan nama Abu Salamah didalam doa di atas.



hampir 3tahun yang lepas


setiap yang hidup pasti akan mati. Itu janji Allah, Sudahkah kita bersedia? tepuk dada tanya hati..

.salam.



Thursday, August 2, 2012

Perkara manis yang ku idamkan #3#

Assalamualaikum~~

Sure korang tertanya tanya kan kenapa Siti Yuhanid nie selalu update pasal PERKARA MANIS YANG KU IDAMKAN je, tak ada entry yang lagi best ke? dah tak ada idea ke? hehe hmm sebenarnya aku suka sangat berangan lepas tu suka tengok benda benda cute and then, at the same time benda tu macam reflect kat diri aku sendiri, so aku nak la share dengan korang semua..*ceh alasan je kau, padahal memang tak de idea pon, haha . Ah sudah la Siti Yuhanid! jom, mari I tunjukkan kat U ols apa yang I idam idamkan sangat tu. :)




husband: tak cukup 6 harkat sayang, ulang lagi..

sambil pegang baby atas riba, sambil ajar wife mengaji, tak ke sweet tu? baby po boleh dengar sekali, haih! nak jugak! haha
*gatai no Siti Yuhanid nie, kuikuikui.

sampai bertemu lagi di next entry.salam.

Tuesday, July 31, 2012

Perkara manis yang ku idamkan #2#

Assalamualaikum :)

nak berangan lagi ni. boley tak? hehe


curik ambil lagi dari google.hehe

happily ever after. Amin.

:)



Thursday, July 26, 2012

santai santai Ramadhan (^_^)

Assalamualaikum people! :D

Da nak dekat seminggu da kita berpuasa kan? Cepat betol masa berlalu.. harap harap semua puasa full la ye. hehe  :P dalam kita berpuasa nie jangan la terlampau serius sangat, chill la sikit, rilex la sikit ,berhibur la sikit, tapi ingat, pastikan dengan cara yang sesuai di bulan puase nie, tau tau tau? haha Jangan asyik lemah longlai xbertenaga je, jalan tu pon kalau boleh nak merangkak agaknye, cannot cannot cannot! :P

Mari, jom, mohlah kita semua layan sekejap sketsa Ramadhan yang aku curik ambil dari google nie.. hehe. enjoice!!







hehe comel je kan dua beradik nie. ha, bace bace jugak, dapat tak input or pengajaran yang diorang selitkan dalam sketsa nie? jangan cakap tak perasan la,  sental biji mata sorang sorang dengan sabut kelapa nanti baru tau. eh, mintak maaf, terkasar puleee :P

anyway, selamat beramal! 
~salam~