Thursday, November 14, 2013

Backpack to Krabi-Thailand (Part 2)

Assalamualaikum~

First thing first aku nak mintak maaf buat semua sebab lambat update part2 ni. kiki. busy bak hang. Dan kepada yang tak tengok lagi yang part1 punya sila sila la klik di sini ye backpack to krabi-Thailand part1 .

27th October 2013

Pada 7.30pagi kami sudah bersiap sedia untuk ke PhiPhi Island! weehooo. Rasa tak sabar sangat time tu dan jujur aku memang excited terlebih kalau bab nak round pulau ke pulau ni. By the way sehari sebelum tu kami ada survey package ke PhiPhi Island yang paling murah and we got it! 1000 baht for PhiPhi Island. Kebanyakan di tempat laen dalam 1400 baht. Package ni lengkap dengan snorkeling, lunch, treats atas boat dan khidmat pemandu pelancong a.k.a abang speed boat khaaa. hee. Kami bertolak ke PhiPhi pada jam 8.30pagi.


sebelum bertolak :)

beg pelampung ni ummi yang belikan dulu. tapi tak pernah guna. suka guna sebab 
bley letak barang2 berharga dan kalau jatuh dalam air tak tenggelam. kiki ^^

Destinasi pertama kami adalah ke Bamboo Island. Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 40minit. Memang seronok naik speed boat ni, rasa macam naik roller coaster. haha. okay over. Dalam perjalanan tu kita akan nampak sebuah pulau ni yang menyerupai ayam, pulau ni di paggil Chicken Island. Tapi tak boleh singgah, boleh lalu je.

nampak tak tu. Macam ayam kan. hee


posing atas speed boat. :D


Di Bamboo Island pemandangan dia MashaAllah cantik sangat. Dengan air laut dia biru, pasir pantai dia yang putih. Sangat lawa. Rasa nak duduk situ je. Tak nak balik. hahaha.








Bamboo Island!!

Cantikkan? kami singgah di sini lebih kurang dalam 1jam. Banyak la aktiviti bergambar yang kami buat. Sambil sambil bergambar sambil perhati keindahan ciptaan Allah swt. Mengkagumi ciptaan Allah juga boleh dapat pahala tau kawan kawan. hee.After Bamboo Island, kami bergerak ke Pirate Cave. Di sana pula airnya sangat jernih dan berwarna biru. first time tengok cave yang besar unik dan cantik, tapi malangnya kami hanya dapat lihat dari luar saja. Tak boleh masuk ke dalam.


Pirate Cave

Dalam setengah jam di sana, kami bergerak pula ke Maya Bay. Kalau di Pirate Cave kami boleh lihat air jernih berwarna biru, di Maya bay pulak kami dapat lihat air jernih berwarna hijau. Maya Bay adalah antara salah satu pulau yang tercantik di PhiPhi Island. Di sana juga tempat pelakon Leonardo Dicaprio berlakon dalam cerita 'The Beach' satu ketika dulu.







Maya Bay. wonderful and beautiful island.

Selepas menghabiskan masa selama 1jam di Maya Bay kami terus bergerak untuk lunch. Perut time tu tak payah nak habaq la. Berkeroncong dengan macam macam lagu da. nasib tak joget skali je. kiki. Kami berenti lunch di PhiPhi Island.Kat sana ada ramai jugak penduduk. Waktu kami sampai tu kebanyakan mereka yang muslim tengah on da way ke masjid untuk solat Jumaat.Lepas lunch kami round2 area pulau tu. Macam2 ada di jual di sana, kebanyakannya souvenir.



ini model sun burn. -,-

Da kenyang makan 2pinggan nasi, sepinggan spagetti, sepinggan ayam goreng, sepinggan buah2an (nampak tak nafsu gergasi kat situ) kami pon berlalu la untuk aktiviti seterusnyaaaa iaitu snorkeling. Memang aktiviti ini yang kami tunggu2 sebenarnya. Port pertama adalah di kawasan yang agak dalam dan berombak. Kebetulan time tu angin kuat so air sangat beralun. Tak di nafikan kami susah nak snorkeling, ikan kat bawah tu pon macam nampak tak nampak je. Akhirnya abang2 speed boat yang jaga pergerakan kami arahkan supaya kami naik kerana bimbang kan keselamatan kami. Lalu diorang bawak kami ke port ke dua, haa di situ baru tenang untuk snorkeling, air pon tak beralun. Memang lama kami snorkeling kat situ, Dapat la tengok hidupan laut, batu karang dan ikan2 yang cun. Tapi tak dinafikan yang snorkeling di Pulau Perhentian Malaysia jauh lebih lawa berbanding di sini. Im Proud to be Malaysian. heee.




Sesudah penat snorkeling, kami pon bertolak pulang ke Ao Nang. Dalam perjalan pulang kami di sajikan dengan Buah2an oleh abang speed boat tu, Abang tu sangat nice n sweet. Layanan yang di berikan amat baik dan kami sangat berpuas hati. Nanti kami datang lagi ye bang. :P

boleh amik banyak mana pon buah yang korang nak. kiki


Kami sampai di Ao Nang dalam pukul 4 petang. Menaiki tuktuk untuk pulang ke hotel. Memandangkan pacik tu tersalah dengar nama hotel kami dan hantar kami ke hotel yang salah, maka dapat la kami round2 kawasan Ao Nang tu secara free of charge. keh keh.




awas! jangan main tolak2 or bergurau kucing atas ni,
nanti jatuh orang pon tak perasan. hee


 Okay lepas sampai hotel, kami berehat. Belah malamnya kami keluar ke night market Ao Nang, mengambil masa dalam 40minit untuk sampai ke sana. Di situ syurga segala souvenir. Beli la banyak mana korang nak untuk di bawa pulang. pastikan duit anda mencukupi (tapi kami rasa duit kami macam tak cukup je) heee. so, setakat ni sahaja aktiviti pada masa dan ketika ituuuu.

sebenarnya sebenarnya nak cakap yanggg, aku nak update lagi untuk part3. hahahaha. Malas da nak sambung dekat sini. panjang sangat. Nantikan~~


chow.Assalamualaikum.


Friday, October 18, 2013

Backpack to Krabi - Thailand (part 1)

Sawadeekhaaa semua. Assalamualaikum.

Berkurun lama ku rasakan~~ eceh menyanyi plak. hee. Nak habaq nya da lama sangat ceq tak update blog ni. kiki. Alhamdulillah hari ni, waktu ini dan ketika ini aku punya kekuatan dan kesempatan untuk mengarang. karang bukan sebarang karang, kali ini heksited dia terlebih sikit sebab nak story mory pasal journey kita orang ke Krabi Thailand as a backpacker. yeah! mari mulakan. Bismillah.


25th October 2013

Bermulalah perjalan kami as a backpacker ke Krabi- Thailand. Kami berlima (aku, roza,tini,k.long,acca) menaiki bas(Konsurtium) dari Station Pudu pada jam 10.30 malam. Time ni taksah duk habaq la, macam macam hal jadi. Tu belom setat journey lagi. Dengan lambatnya, dengan sesat jalanya. Nasib bek tukang pegang tiket (roza) sampai awal. Bleh la dia kenyit kenyit mata sket dekat uncle driver bus tu mintak extra masa. Kami sampai tepat tepat pukul 10.30. Fiuhh. Maka naik la kami ke dalam bas tu dengan buat muka kerang busuk. Semua duk pandang slek ja ke kami ni ha. kuikui. Da duk dalam bas. pokpekpokpek.tido zzz.

26th October 2013

Sedar sedar dari tido rupanya da sampai ke sempadan antara Malaysia-Thailand. Bukit Kayu Hitam tak silap nama tempat tu. dush! aku kalau bab ingat nama tempat memang fail. okay, da siap cop passport smua kami masuk ke Thailand tepat pukul 7pagi.

ini la bas nya, selesa dan siap provide selimut lagi. 

1st pic di sempadan Thai. muka tak mandi semua, haha.

Di Thailand masa dia hanya berbeza lewat 1jam daripada Malaysia. Time ni baru pukul 7pagi dan kami boleh tengok parents akan hantar anak2 mereka ke sekolah. And yang paling pelik penunggang motorsikal kat sana selamba je tak pakai helmet walaupon abang polis trafic ada kat depan. Yang pakai pon dua tiga kerat je.pawer tak pawer. Suasana kat sana lebih kurang sama dengan Malaysia.

Dalam pukul 8 kami sampai ke bandar Hatyai. Memang tak dinafikan kami agak blank sekejap time tu sebab tak tahu nak ke mana. Maklumlah datang gamble je tak de amik khidmat travel agency kn, agak lost la. Anyway itu hanya sementara. Kami redah bandar Hatyai tu sampai la terjumpa 1 travel agency ni and kami terus berurusan dengan mereka. Sangat peramah. Kami terus tempah dengan mereka van mini untuk ke Krabi dan juga bas untuk balik ke Malaysia. Senang. Settle kan smua trus.



sawadekhaa Hatyai :)


Sebelum bertolak ke Krabi pada pukul 9.30 pagi sempat la kami round2 bandar Hatyai ni. Rupa2nya banyak pusat travel agency kat sana, boleh di katakan sepanjang jalan ada. so, dont worry kepada korang yang nak datang gamble macam kami ni haa. heee. Dan jangan lupa beli sim card Happy Tourist macam gambar kat atas tu dekat 7e. Senang untuk korang contact family nanti. Siap dapat internet free untuk sehari lagi. Murah je. 49baht( RM4.90). Kalau di Thailand 100Baht dia bersamaan Rm10 kita.

Perjalanan ke Krabi mengambil masa agak lama juga lebih kurang 4 ke 5 jam. ekut pada speed van tu. haha. Agak bosan jugak la duk dalam van. campur dengan foreigner dua orang. nasib baik hensem. ehem. haha. Macam2 aksi kami di dalam van tu, da puas berborak,tido, bangun tido, berborak, tido balik, Kuak lentang kuak kupukupu smua ada.Mujo van tu agak selesa tak dela sakit badan sangat. Yang paling kelakar driver van tu pasang movie Fast n Furious 6 dengan alihan suare bahasa Thai. Tergelak kami satu van bila 1st time dengar. Sampai mat saleh dua orang tu pon join gelak sakan dengan kami. kahkah. >,<

 lepas fast n furious, dia p pasang lagu thai. memang la kami paham kan. -_-'

Sebenarnya kami minta mereka hantar kami terus ke bandar Ao Nang, bukan di Krabi town sebabnya Krabi Town agak jauh dari pantai.Nak ke Ao Nang ambil masa dalam sejam. Sampai la dalam pukul 3 lebih. fuh sungguh panjang perjalanan. Sesudah sampai, kami terus cari tempat untuk menginap, survey punya survey dapat la 1 yg murah, Ao Nang Village Resort. 1malam 800Baht, so, kami trus ambik untuk 2malam. Not bad jugak bilik dia, ade aircond, 1 single bed and 1 queen bed. Kalau bahagi 5orang just 320baht saje untuk seorang. Murah kan.

                           Mak datin Acca. Bag dia paling besar. haha         In the middle of Ao Nang Town.


                      Kental survey hotel sambil bawak bag besar Acca. ;p            Ao Nang Village Resort.

Setelah siap letak2 barang di hotel semua kami pon bergegas(hyperbola skit)  mencari kedai makan yang halal lagi sodap.Tak berapa banyak kedai yang halal, tapi still ada, kami jumpa yang halal dan sodap hokay. Kedai akak tu ada tanda bulan sabit dan bintang dan dia pandai cakap melayu. okay la tuu. Siakap steam,tomyam thai, lala goreng,kailan ikan masin, sotong goreng tepung. fuhhh licin kami tibai. Mana taknya, kami tak makan berat pon lepas turun bas di hatyai, just makan ringan2 je.

semua licin, takde 1 pon tinggal. haha

Lepas kenyang makan maka bermula la aktiviti kami di Ao Nang. round2 pekan Ao Nang and pergi ke pantai tengok sunset. Memang lawa sunset dia. Perjalanan nak ke pantai dia just ambil masa 5minit saja dari hotel kami. Dengan berjalan kaki ye.










Cantikkan? Banyak lagi sebenarnya gambar, tapi upload banyak2 nanti lembab plak nak bukak. heee. Tapi ade dua pic feveret aku kat sini. Ni ha...


                                 
kuasa api dari kami. kiki.

 Dah puas lepak tengok sunset kami balik ke hotel. Mandi, solat, smua and then kluar balik sambung round2 pekan Ao Nang. Suasana malam lebih meriah. Tak sah kalau ke Thailand tak try massage diorang kan. Di sebabkan kami pon nak hilangkan lenguh2 badan seharian berjalan, so kami try la p massage. Sangat murah dan berbaloi. massage 1 badan untuk sejam hanya 400baht. Memang lentok. Balik2 massage terus tidurrr dengan lenanya.











Tengok tu sporting habis taukey massage tu dengan kami. Siap snap gambar sama2 lagi. haha. Bagus marketing strategy diorang. Salute! layanan pon macam vvip dah.Okay aku rasa setakat ni dulu untuk part 1. nantikan part 2. coming soooonn. *Padahal panjang sangat sampai tak larat nak karang. kiki. 

to be continue...
bye!