Friday, September 23, 2016

Bukit Kluang, Terengganu

Assalamualaikum

Hai semua, dah lama Iols nak update cerita ke Bukit Kluang ni, tapi tula asyik busy je manjang. Nie baru ada masa free nak update. hee. Aku rasa ramai yang dah tau pasal Bukit Kluang di Besut Terengganu ni, Since tempat ni famous, viral dan cantik kitaorng pon teringin nak pegi lawat kawasan. Acah acah hakak kawasan je kan. kehkeh. Malas nak cerita panjang, meh tengok gambar.

Kitaorang bertolak daripada Kota Bharu, sampai tepat pukul 8 pagi. tapi kena tunggu kawan yang sorang lagi dari Kuala Terengganu. Sejam jugak la tunggu. Jadi kami gerak naik dalam pukul 9 pagi.


Rehat sebentar amik nafas. Penat gila naik bukit ni sebab bukit dia sedikit curam, so mengah jugak la nak sampai puncak. Rupanya sekejap je nak sampai puncak, dalam setengah jam je dah boleh tengok view cantik. Asyukk.




Time kitaorang sampai ni dah ramai orang kat atas ni. Sebab time tu pon dah pukul 9.30 pagi. Matahari dah start nak terpacak atas kepala. tapi nasib baik cuaca berkabus, so tak panas sangat.













Cantik kan? lepas seronok ambik gambar, kami berhenti rehat di pondok yang dah di sediakan sambil kunyah roti sapu tuna. Bawak bekal acah acah picnic je kan. Lepas dah puas tengok view kami turun. Tapi ekut laluan lain. FYI Bukit ni ada dua laluan, jangan korang tersalah laluan sudah la. Nanti jem, orang nak turun kau nak naik. apehal kan. hee.




Time nak turun tu terserempak dengan a group of budak sekolah agama. Tetiba ajak hakak hakak selfie, Retis sangat kat atas bukit. Ingat hakak ni model Bukit Kluang ke dik. hahaha. Layankan jela.




Turun bukit sebenarnya lagi mencabar Uols, kena betol betol hati hati sebab bkit tu curam dan senang nak tergelincir. Jadi gunakan segala batang kayu, ranting, pucuk pokok yang ada di sekeliling anda dengan sebaiknya hokey. Dah sampai bawah harus la ke Pantai Kluang kat tepi tu. Cantik jugak viewnya, ramai yang datang picnic buat BBQ, sukan air. memang sesuai untuk beriadah bersama keluarga.


Dah habis aktiviti Bukit Kluang, Balik KB cari makan la uols, ingat makan roti sapu tuna tu kenyang ke? weols perut melayu hokey. tapi tekak korea. hahahaha. pi makan kat Meoundong Cafe berdekatan dengan KB Mall. 


 Acah acah pegi hiking nak turunkan berat badan, pastu ni apebenda order sampai 3,4 pinggan? mimpi la nak turunkan berat. huh.

K,Bye!


P/S: BERHATI HATI APABILA BER SELFIE DI LERENG BUKIT, JANGAN SAMPAI JERUNG NGANGAKAN MULUTNYA DI BAWAH. 


Tuesday, August 2, 2016

Kota Bharu, Kelantan (Pantai Senok, Bachok)

Assalamualaikum!

This entry may be just a short and sweet entry. perhaps. haha. Baru baru ni aku ada celebrate a little birthday surprise untuk bestfriend aku di Pantai Senok Bachok Kelantan. Pantai ni tetiba jadi viral kat sosial media dan aku and the geng tetiba rasa nak pegi usha tempat ni. Orang cakap tempat dia cantik ala ala Nami Island Korea gittewww. yeke?? Lets cekidaut la betul ke idok.  




Haa, cantik tak? boleh la kan. Ramai jugak yang buat photoshoot wedding kat sini. Kami pon tak terlepas la peluang nak acah acah photosoot. hahaha. Kalau korang dari Kota Bharu perjalan ke sini lebih kurang 20 minit sahaja. Tak jauh sangat pon. Boleh la nak datang picnic. hee.

birthday girl


model Pantai Senok


Itu jela entry kali ni. kan dah cakap short and sweet. Hahaha. k.adios.

P/S: DILARANG KERAS MEMBUANG SAMPAH DI SEKITAR KAWASAN PANTAI KALAU TIDAK MAHU DI GIGIT KAMBING. BEEEKKK~~


Sunday, July 24, 2016

Pulau Perhentian (Kampung Nelayan & Overall Budget) - Part 3




Haiii Assalamualaikum!

Berzaman jugak nak tunggu Part 3 ni, maklum la nak cerita bab bajet ni yang liat sikit. Haha. Tapi hari ni aku berjaya mengarang, *tepuk tepuk bahu sendiri. uhuk.

Bajet kami ke sini cukup cukup murah. Kate pon percutian bajet kan. huihui. Meh tengok hasil kira kira yang aku buat meh :-

  1. Harga pakej (Bilik + snorkeling) = RM175/pax
  2. Taxi ke Long Beach (return) = RM20/pax
  3. Makan (3days) = RM50/pax
  4. Souvenirs = RM15
  5. Minyak kereta = RM20
  6. Parking = RM20 for 2days
So, total over all dalam RM300 plus minus la. Kalau aku dengan kazen aku plak, time on the way balik, ade singgah beli keropok lekor.

keropok lekor paling ump!

 Jadi bajet aku lebih kurang dalam RM320 plus minus. Okay la kan? Tiga RAT dapat tengok view yang cantik, air yang jernih, jumpa shark, nemo, penyu,gamat,pari, biawak haa sampai esok pon tak habis kalau nak listkan semua. hahaha. Bagi aku memang berbaloi, tak rugi pon bercuti di negara sendiri. worth it! so, itu saja. Nah aku sajikan korang gambar kami nak balik. adios!








I will come back again



sampai rumah terus goreng keropok lekor oi. sodap!

sampai ketemu lagi. bye.


P/S: SILA BACA BISMILLAH DULU SEBELUM MAKAN KALAU TAK NAK GENG DENGAN SYAITOONN NIRRAJIM! 

Wednesday, May 25, 2016

Pulau Perhentian (Snorkeling) - Part 2


 Waddupp!! Asaalamualaikum! Jom sambung Part 2 punya edisi Perhentian ni. Abaikan muka bulat macam ikan buntal di atas. Just nak bagitau yang our 2nd day at Perhentian was snorkeling guys. hehe.

2nd Day

Harap diorang tak tertukar aku dengan ikan buntal.kehkeh.

Aktiviti snorkeling kami start dari pukul 10 pagi sampai 6 petang. Meh nak share sikit tips snorkeling untuk newbie :- 

  • Breakfast.(memerlukan tenaga yang banyak untuk snorkeling).
  • Pandai berenang, if tak pandai berenang pandai kuak itik pon dah okay.
  • Pakai life jacket. (untuk mengelakkan anda tenggelam bersama timun laut).
  • Bernafas ikut mulut. (time pakai google dalam air je).
  • Be rilex and dont panic.
  • Just have fun guys!

First check point kami adalah di Turtle Beach di mana kat sini adalah sesi warm up and water confident untuk semua snorkeler. Tapi waktu aku and the geng turun tu baaanyaakkk sangat cik obor obor kecik. Mengganggu sikit la nak tengok coral dan ikan ikan cute.


Haa, ni la rupa cik obor obor tu. Banyak kan? tapi tak gatal pon. Nasib baik.hee.

Kami habiskan masa kat sini lebih kurang sejam. Banyak coral coral dan ikan ikan cun kat sini. Nemo jangan cakap la, mesra alam, lagi lagi bila time bagi roti. Selain Nemo pelbagai jenis lagi ikan yang pelik dan cantik yang jarang kita jumpa. Yang menarik perhatian aku ialah Ikan Pari kaler kuning, Cun oiii. besar pulak tu. Aku follow dia sampai aku jauh dengan boat dan orang lain. baru tersedar yang aku dah ke arah laut dalam. Fuh. Guys, please dont try that, time uols pegi snorkeling okay. Stay together. wuuu.

Nemoooo.

Selfiee.

Next check point is Turtle Bay. Kat situ kami di beri peluang untuk melihat dan berenang bersama sama penyu terbesar dan tertua di Perhentian. Ya Allah satu pengalaman yang sangat best, bila kau dapat berenang sekali dengan penyu tu sebelah sebelah. Size penyu tu pulak dah sama size dengan aku ni ha. hahaha

Tadaaaa! Even though u dah tua, tapi u tetap stunning encik penyu!

Next check point plak adalah di Shark Point! Wow ni lagi best sebab kau akan dapat berenang renang dengan shark kaler pink tau. Bukan sekor tau, ber ekor ekor. Haa berdebar tu ade jugak la tapi rasa excited tu melebihi rasa takut. Dulu time aku datang sini shark ni taraf baby baby lagi, sekarang dah jadi anak dara. hahaha. Aku kira bertuah jugak la, time aku nak tengok shark dalam jarak yang dekat, abang speed boat tu tarik life jaket aku untuk pegi lebih dekat dengan shark tu. Memang betul betul kau dapat tengok depan mata. fuuhh. Kus semangat time tu. hahaha. Tapi sayang tak dapat selfie dengan shark tu. heee.

haa, ni la rupa shark tu. Pinjam gambar dari website SEALIFE. 


Belanja gambo sepupu aku selfie atas boat satu. hee

Lepas tu kami balik ke jeti untuk lunch dan rehat selama sejam. Next check point plak di Lighthouse Coral Reef. Kat sini boleh tengok coral and ikan ikan yang cantik dan kat sini jugak sapa yang berani, boleh direct terjun dari atas Lighthouse tu. kalau berani la. kalau aku memang tak la. hahaha.

last check point, di Romantic Beach. Romantic ke? hahaha. Air dia je yang romantic sebabnya tenang tanpa ombak, dan pasir pantai dia sangat putih. Kami lepak kat situ lebih kurang sejam jugak. Ada yang main dan boleh rasa sendiri timun laut punya badan kat situ. Letak atas tapak tangan, ewwww. hahaha.


see. air dia tenang dan jernih.



Buat la aktiviti korang ekut kreativiti masing masing k. hahaha.

Selesai lah sesi snorkeling kami pada hari tu, tapiiii belum habis lagi, abang boat bawa kitaorng singgah minum2 sambil layan novel ceewahhh mat saleh sangat di Perhentian Kecil. Boleh la kami mengamati sunset jugeeee. mengamati kauu. sastera sangat. hahahaha. sebab area situ memang sunset lawa. Meh tengok.








Rasa macam nak sambung lagi je cite kat Perhentian ni. Boleh tak? tak boleh? peduli apa, blog aku. Suka hati la. hahahaha. Part last nak cerita pasal bajet. Jumpa lagiii. bye~~


P/S: SILA PASTIKAN DENGAN ABANG BOAT YANG JERUNG TU DAH KENYANG SEBELUM KORANG TURUN BERSNORKELING DENGAN MEREKA.

Wednesday, May 18, 2016

Pulau Perhentian ( Long Beach & Windmill) - Part 1


Haiiii, Assalamualaikum. 

Saja nak tunjuk gambar teruja kat atas tu ha. Memang teruja la bila dapat pergi Perhentian Island ni sekali lagi, sampai melompat mak. Pergi plak dengan bestfriend and cousin. Lagi la teruja. hahaha.

Meh meh aku cerita kisah percutian kami kat sini. Bermulanya percutian kami ke Perhentian ni dengan menempah pakej 3 hari 2 malam under Sealife company dengan harga bajettttt RM175 included hotel and snorkling all in one for 3 days and 2 nights. Tak payah lah terlopong sangat mulut tu, memang murah kan, tau dah tu. hahaha

First Day

Hari pertama kami bertolak dari Kota Bharu terus ke Jeti Kuala Besut, Dalam sejam 15 minit  je dah sampai. Sebab tu orang cakap kalau sesiapa yang stay luar negeri nak ke Perhentian, turun la airport Kota Bharu, sebabnya Kota Bharu lebih dekat dengan Kuala Besut berbanding Airport Terengganu. Itu kalau naik flight la, kalau drive sendiri paham paham la kalau bontot  korang petak, haha. Kami park kereta kat jeti kena caj RM10 sehari. Lepas tu terus naik speed boat lebih kurang dalam 30-40minit aku tak sure tak ingat untuk sampai ke Kampung Nelayan Perhentian Kecil.

ni ha hakak payung satu gambar kat jeti sana. Cun kan?

Yeay dah sampaiiiii!

Dah sampai kami check in bilik dulu, letak barang barang, rehat sambil tunggu solat zohor terus. Lepas tu kami gerak ke Long Beach. Ada apa kat sana? of course la ada Windmill. Ramai yang cakap view dia cantik kat satas tu, We'll see. Untuk kesana kami kena mendaki bukit sampai ke puncak.



Kami kene berjalan lebih kurang dalam 1km untuk sampai ke Long Beach. Ni baru warm up beb.



Sekitar Long Beach.

Haa, ini la rupa jalan yang berliku tu, menangis nak sampai ke atas weh.

Tadaa, dah sampai.

Kami start mendaki dalam pukul 4.30 petang sampai ke puncak lebih kurang pukul 5. dalam setengah jam jugak la nak sampai puncak. Tapii penat terus hilang bila tengok view, Cantiknya Subhanallah.


 Haa cantik kan? terbang terus semua penat lelah tadi.

Jom turun ke next station plak. Dapat tengok view lagi dekat.

 Kau hingat aku suka suka nak hanyun kaki kat situ? gayat hoiii, tapi demi gambar ku relakan jua. haha


kami spent time dekat sini lebih kurang 1 jam setengah. Dah puas bergambar dan hirup udara segar kat sini, Niat hati nak berkampung je kat atas ni tapi kejadahnya nak buat gitu, seram kot malam malam kat atas ni, sunyi je. kami pun turun. Plan kami nak stay Long Beach je sampai malam sebab ada 3 budak hitam nak tengok orang Api. hehehe. Nak tau apa aktiviti kami sementara tunggu malam? jom check it outttt~~











ape kes semua main fon ni, kemonn guyss, orang pulau mana ada pegang fon doplohpatjam. lol.

Kami berchill out di cafe CHILLOUT ni sampai malam. Hee



Nasi goreng paprik aku ni nampak biasa biasa jee, tapi ade luarbiasanya, apa dia? luar biasa tang HARGA!! hahaha, mahal wei makanan orang pulau. RM10 sepinggan. Haha tapi saja gatal kitaorng nak try jugak dinner kat sini. heh. Len kali please bawak bekal k.




Gambar orang api ni memang kabur ke atau mata aku tambah rabun? hahaha. memang kabur gambo ni yop. maklumla kami amatur je. Bukan profesional. eceh. haha.

Lepas tengok orang api ni, Kitaorang balik hotel pukul 9 malam dengan menaiki taxi. hah? taxi air la, bukan taxi kereta kuning tu. kemonnn la guys., hahaha. Rasanya cukup dulu la sampai sini entry kali ni. Nanti aku buat next entry untuk Perhetian ni k. Caauuuooosss~~~

P/S: JANGAN KAU HINGAT KINCIR ANGIN TU SERUPA MACAM KIPAS ANGIN.