Wednesday, October 4, 2017

Sydney, Australia (Featherdale Wildlife Park) - Part 3

Assalamualaikum

Hai uolsss~~~
Okay takmo cakap banyak sis nak terus sambung part last (hopefully) entry pasal Sydney ni.

Hari ke 4 kami di Sydney telah membawa kami bertiga ke daerah lain yang lebih jauh sedikit dari bandar which is kami kena naik train selama lebih 1 jam untuk ke Featherdale Wildlife Park. Ni semua kangaroo punya pasal. hee. Kami bertolak turun pukul 8 dan terus check out hotel. 

Topup OPAL Card di Central Station dulu.

From the city kami terus ambik train ke Blacktown Station, which is station yang paling dekat nak ke Featherdale Zoo ni. Lepas turun train kena ambil bas nombor 729 di bus stand E. Tapi ingat ye kawan kawan jangan tersalah naik bas pulak macam kami ni, dah la tunggu bas sekian, pastu salah naik bas pulak tu. Bas yang kami tersalah naik tu dah bawak kami pusing pusing kawasan perumahan area Blacktown tu. Best jugak boleh bersiar siar dan dapat tengok kawasan perumahan diorang yang sangat bersih dan cantik plus tersangat lah damai. rasa macam nak pindah duk sana je. kiki. Dah habis pusing pusing, kena tunggu bas yang sebetolnya ke Featherdale Zoo yang ambik masa 10 minit je dari station bus tu.

Kawasan perumahan diorang, and FYI rumah diorang sepesen je. 

Maka sampai je sini terus tunjuk tiket yang kami dah beli online dan mari lah berselfie bersama abang abang dan hakak hakak kangaroo di dalam. hiks.

ade apa kat hidung tu bang? haha

dia pulak yang pandai tengok camera haha






diorang ni suka makan rumput, so kita umpan dia dengan rumput je. comel kan? memang seharian kami kat sini melayan semua kangaroo ni. Selain Kangaroo ade jugak Koala, Penguin, Combat dan macam macam lagi.





Selepas seharian lepak dan bermain dengan segala haiwan dalam zoo ni, kami pon nak bertolak ke Katoomba untuk check in dan over night di sana. Tapi malang tak berbau, I tericicir kad opal dalam zoo tu, puas cari tapi tak jumpa, burned habis 30$ AUD aku. Tapi nasib sis baik jugak la, time nak naik bas nak ke train station tu, sistem bas tu rosak so boleh naik free. Alhamdulillah. Sampai train station terus pegi beli kad opal. ahahaha. Sooooo, dont be careless macam sis okay guysss. take good care of your belongings.

Sis rasa sis kena sambung part4 la, tak larat nak sumbat semua dalam entry kali ni, jumpa next entry hokey guysss. Muah!

P/S: CIK KANGAROO, TOLONG BAWA AKU LOMPAT KE HATI DIA, CIAA CIAA CIAA HAHAHA!

Sunday, July 30, 2017

Sydney, Australia ( Sydney Fish Market, Paddy's Market & Bondi Beach) - Part 2

Assalamualaikum~

Hai chuolss, mari kita sambung cerita trip Sydney kita.

Hari Ke dua di Sydney kami dah jelajah Opera House, Harbour Bridge dan Darling Harbour. So, Hari ke tiga kami di Sydney, kami nak jelajah jauh sikit, Sydney Fish Market, Paddy's Market dan beach paling popular di Sydney, iaitu Bondi Beach.

Pagi yang sejuk angin angin tak berapa nak sepoi bahasa sangat la, ketar jugak I time keluar dari hotel tu, angin pagi Sydney menusuk ke setiap sendi tulang. So, apa lagi mari panaskan badan dengan berjalan  menaiki Tram yang hanya 5 minit saja dari hotel kami untuk menuju ke Sydney Fish Market.



Sebenarnya I tak banyak amik gambar pon dalam fish market, sebab sibuk ambik video. kehkeh, Tapi sangat berbaloi datang sini sebab banyak gile fresh seafood yang boleh di tangkap masuk ke dalam mulut. Fresh fruit pon banyak. Syurga makanan sangat bila datang sini, sebab susah nak jumpa yang boleh ngap terus kat Sydney ni bila takde tanda HALAL. hehe. 


 FYI, kat sini la salah satu scene cite ADAM & HAWA. Cun tempatnya, tapi kalau makan tu jaga jaga sebab ada burung liar datang tanpa di undang untuk curi makanan korang.


Do not feed the birds hokeyy.


 amik set ni dalam 50 dolar. Lobster, oyster, and prawn.

 kiwi salut coklat.

syurga buah buahan.

Lepas breakfast di Sydney Fish Market kami trus ke Paddy's Market untuk shopping suovenir. Kat sana memang rambang mata la, macam macam ada, dan harga nya jauh lebih murah. Tapi sekali lagi aku tak sempat nak amik gambar kat dalam tu, sebab busy shopping. hahaha

Paddy's Market tu kat sebelah Market City ni je, kat belakang tu.


Lepas shopping kami balik hotel dengan berjalan kaki je uolss, sebab dah dekat sangat dengan Paddy's Market tu. Lepas letak smua barang barang shopping, kami pon bergegas nak ke Bondi Beach. Yahoo, tempat yang aku tunggu tunggu untuk pergi.

 Nak ke Bondi Beach ni mencabar skit sebab kena naik turun train and bus. Sejam jugak la ambik masa untuk sampai. Memang sampai sana dah nak sunset dah dalam pukul 4.30pm. Tapi syok sangat nak ke Bondi Beach ni sebab suka tengok building diorang cantik cantik sepanjang laluan nak sampai sana. Memang tak kelip la mata duk nengok. hahaha.

yang mana dah beli boomerang tu sila la bawak hokey. Boleh main lempar lempar.

Unik, rock side walk.

 Dah nak sunset.

 Tetiba ade dugong terdampar, ni untuk majalah Playboy ke bang? >,<



Dah puas lepak di Bondi Beach sampai malam, kami pon pulang dan misi kali ni shopping lageeeeehhhhh! hahaha. Kali ni nak cari souvenir coklat and perfume plak.


Haruslah beli coklat yang takde kat Malaysia. ahaks. Kalau datang Aussie boleh lah borong coklat ni kat Pasaraya Coles ni. Kat sana macam ala ala Tesco or Giant kita kat sini. Tapi most of them  at underground. hee.

Ini hasil tangkapan kami.

Nak try bayar sendiri boleh la guna cashier self service ni. Boleh la acah acah jadi cashier kejap. hahaha.

Okay dah habis dah aktiviti kami pada hari tersebut, badan pon dah penat, Jom balik hotel dan tido! 
Next entry I nak sambung cite pasal cik Kangarooooo. Stay tune. Have a good day mate!



P/S: KALAU JUMPA DUGONG MACAM TU KAT MALAYSIA SILA TANGKAP BUAT MASAK KICAP

Wednesday, May 31, 2017

Sydney, Australia ( Darling Harbour, Circular Quay, Harbour Bridge, Sydney Opera House, Hyde Park & The Rock) - Part 1

Assalamualaikum and Good Day Mate!
How Ya Doin?

Ecececey tau la baru balik dari Sydney, intro pon ala ala slang Sydneysider gitteww. hahaha. Please bagi sis can siket.hiks. Heksited nak cerita pasal trip ke Sydney kali nie sebab first time jejak kaki ke negara kangaroo ni. Ape yang menarik kat Sydney? Jom follow sis, cewah dah macam tour guide.

Pada 10 May 2017 lepas I dengan dua orang lagi (cousin and kawan I) ke Sydney dengan menaiki Air Asia X selama 8jam daripada KLIA2. Boarding pukul 10am sampai ke Sydney Kingston Airport pada jam 8pm petak bontot mak nak .Post kali ni I tak mau cerita detail, just nak cerita part penting penting sajooo.

Biasa la bila ke Aussie kita tak kan lari dari fill up their form, turun je dari flight form tu akan di serahkan kat imegresen diorang. And semua orang tahu they are very strict and particular about everything and you guys better be prepared! I and kawan I kena soal dengan cheif diorang macam kami ni ada buat jenayah besar je. Just prepare all the important documents needed. Then you should be okay. Just jangan nervous eventhough I sendiri pon nervous macam jawab soalan interview keje je den rasa haa. Haish awal awal lagi dah spoil mood. hahaha. Tapi takpe la anggap jela lesson learn and a part of an experience.

Okay, keesokannya bermula lah aktiviti kami untuk jelajah bandar Sydney ni. Mesti lah kena lawat tempat tempat wajib dia like Darling Harbour, Opera House and Harbour Bridge. Syok jugak boleh pusing pusing naik ferry.

Darling Harbour

Hard Rock Cafe



Ambil ferry dan turun di Circular Quay untuk ke mercu tanda Sydney iaitu Harbour Bridge and Opera House. Tapi pastikan Uols dapatkan opal card kat mana mana convenient store and top up dengan secukupnya k. Mostly diorang punya public transport akan guna opal card. ala ala Touch n Go kita la.


 Harbour Bridge

Circular Quay

Hyde Park

acah acah je ni

Di Sydney ni banyak sangat park park yang cantik, and I suggestkan you guys jangan lama lama dekat satu satu tempat tu sebabnya you guys akan tak sempat nak melawat semua tempat dalam satu hari (which is terjadi kat kami sendiri) cuz waktu siang kat sana sangat lah pendek. Pukul 5.30 dah start senja and pukul 6 tu memang dah gelap. Beza waktu antara Malaysia dan Sydney adalah lebihkurang dua jam. And for your info, Sydney akan jadi bandar zombie (hyperbola sangat haha) bila dah malam, semua kedai tutup awal.  So plan aktiviti korang wisely k.

Opera House

Train depa dua tingkat nyah, kau hado?


The Rock
Rasanya cukup dulu lah untuk post kali ni, kalau rajin sis buat part 2 plak. kahkah. Daa~~

P/S: OPERA HOUSE BUKAN SEJENIS OPERA CHINA.